ISWAMI selami bahang PRU15

18/11/2022 07:44 PM

 

 

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) —ISWAMI (Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia) diberikan peluang untuk meninjau suasana Pilihan Raya Umum (PRU15) bersama dua delegasi wartawan veteran tersohor Indonesia yang juga anggota ISWAMI. 

Delegasi tersebut adalah Asro Kamal Rokan Presiden ISWAMI dan Bang Sem Syamsuddin Ch Haesy, Setiausaha Agung/sekretaris  ISWAMI Indonesia. 

Kedua-dua delegasi mengagumi dengan pentadbiran kerajaan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat ikhlas berkhidmat kepada rakyat bagi membawa kestabilan dan kemakmuran negara.

Asro Kamal Rokan berkata pendekatan yang dibawa oleh Ismail Sabri dalam meneraju kerajaan sebelum ini melalui konsep Keluarga Malaysia yang dekat dengan masyarakat adalah sesuatu yang bagus. 

"Mungkin kerana latar belakang beliau daripada orang biasa membuat beliau dekat dengan masyarakat," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Malaysia Petang Ini di BernamaTV semalam.

Turut bersama mereka, Datuk Mokhtar Hussain Presiden ISWAMI Malaysia dan penasihat ISWAMI, Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Lawatan empat hari ke Malaysia itu menyaksikan anggota ISWAMI meninjau bahang PRU15 di ibu negara dan di Bera, Pahang.

Mereka turut bertemu dan berbual mesra dengan Perdana Menteri sewaktu berkempen di Parlimen Bera.

N Syamsuddin Ch Haesy berkata satu daripada cara untuk memajukan sesebuah negara ialah melalui kestabilan politik seperti diperjuangkan Datuk Seri Ismail Sabri melalui konsep Keluarga Malaysia. 

— BERNAMA