LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET.
Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING.
Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
TITIK MERAH.
Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI.
Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
Sempena Hari Kebangsaan 2022, sila kongsikan gambar atau klip video (maksimum saiz fail 20.0MB) yang secara kreatif menggambarkan semangat cintakan negara anda, Malaysia.